Informasi Permainan Video Terkini
Berada Di Rumah? Jom Cuba Lebih 60 Demo Permainan Baharu Di Steam
PC

Berada Di Rumah? Jom Cuba Lebih 60 Demo Permainan Baharu Di Steam

Diterbitkan pada Mac 19, 2020 oleh .

Terpaksa berada di rumah mungkinlah satu perkara kesulitan untuk sesetengah orang, namun ia juga adalah satu perkara yang baik untuk anda meluangkan lebih masa melakukan aktiviti kegemaran, contohnya bermain permainan video.

Jika, sesuatu yang kami ragui, anda tidak mempunyai permainan untuk dimainkan, Steam melalui Steam Game Festival telah menawarkan sebilangan demo untuk permainan baharu termasuk juga yang masih tidak dilancarkan untuk anda cuba.

Kebanyakan demo permainan ini adalah khas untuk yang mengunjungi ekspo permainan video seperti GDC, tetapi kini anda boleh mencubanya secara digital di rumah tanpa perlu mengunjungi ekspo-ekspo tersebut.

Terdapat lebih 60 permainan yang ditawarkan dan anda boleh lihat serta mencubanya melalui pautan di bawah, tawaran ini adalah sehingga 23 Mac sahaja, jangan lepaskan peluang.

Cuba demo percuma di Steam Game Festival


TIPS & ULASAN