Informasi Permainan Video Terkini
Bloodshot Bakal Ditawarkan Secara Digital Bermula Minggu Depan

Bloodshot Bakal Ditawarkan Secara Digital Bermula Minggu Depan

Diterbitkan pada Mac 19, 2020 oleh .

Sony Pictures minggu ini mengumumkan yang mereka bakal menawarkan filem Bloodshot yang baru sahaja ditayangkan pada 21 Februari lepas di Malaysia secara digital pada 24 Mac 2020 melalui pengedar filem digital utama di Amerika Syarikat dengan harga $19.99 (RM88).

Manakala untuk pasaran antarabangsa, mereka mengatakan akan membuat pengumuman lanjut dan memfokuskan negara-negara yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Oleh kerana, wayang di Malaysia juga ditutup kemungkinan kita juga akan menerima tawaran ini.

Namun, Sony menegaskan yang mereka masih komited untuk mengeluarkan filem-filem melalui wayang, cuma sekarang tambah mereka, banyak negara menghadapi keadaan yang unik dan jarang berlaku yang mengganggu pengedaran filem seperti Bloodshot.

Universal Pictures sebelum ini juga mengumumkan penawaran yan sama untuk filem-filem seperti The Hunt, The Invisible Man dan Emma tetapi tidak disahkan untuk pasaran Malaysia di mana The Hunt akan tiba pada awal bulan depan dan The Invisible Man sudah ditayangkan.

Sebelum Perintah Sekatan Pergerakan dikeluarkan, kami juga berkesempatan untuk menghadiri tayangan awal buat Bloodshot dan ulasan kami boleh ditonton di video di bawah.


TIPS & ULASAN