Nintendo Eropah minggu ini mengumumkan yang permainan JRPG oleh Square Enix iaitu Octopath Traveler telah terjual sebanyak 2 juta unit selepas hampir 2 tahun dikeluarkan, tidak disahkan jika jumlah tersebut adalah hanya untuk Switch ataupun termasuk versi PC.
Semasa dikeluarkan untuk Switch pada tahun 2018, ia telah terjual sebanyak 1 juta unit dalam masa tiga minggu.
Bersempena dengan pencapaian tersebut, mereka jua mengumumkan jualan promosi dengan potongan harga sebanyak 50% untuk permainan tersebut iaitu kini dijual dengan harga $29.99 (RM132) di Nintendo eShop. Selain itu, ia juga ditawarkan dengan potongan yang sama di Steam iaitu RM95. Tawaran ini adalah sehingga 3 April 2020.
Octopath Traveler sudah dikeluarkan untuk Switch dan PC. Ia merupakan antara permainan JRPG terbaik kami pernah main, untuk ulasan penuh anda boleh bacanya melalui pautan berikut; Ulasan Octopath Traveler โ Permainan JRPG Yang Menarik Tetapi Penceritaan Mendatar
[info]Nintendo eShop: Octopath Traveler[/info] [info]Steam: Octopath Traveler[/info]