Skip to main content

MapleStory 2 dilancarkan untuk pasaran global (tidak termasuk Malaysia) pada Oktober tahun 2018, ia mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila menerima 1 juta pemain selepas seminggu. Mengikut perkembangan semasa, ia juga menyertakan mod pertempuran royale.

Namun, tampaknya kejayaan awal tersebut tidak berterusan, apabila Nexon mengumumkan yang sukar untuk mereka meneruskan sokongan buat permainan ini dan akan menutupnya secara global pada 27 Mei 2020.

Oleh kerana itu, kesemua fungsi pembelian di dalam kedai akan dihentikan, manakala pemain yang melakukan pembelian selepas 11 Disember tahun lepas, layak untuk meminta pulangan wang. Maklumat lanjut mengenai pulangan wang ini anda boleh rujuk laman rasmi mereka.

Leave a Reply