Informasi Permainan Video Terkini
Football Manager 2020 Boleh Dimainkan Secara Percuma Selama Seminggu
PC

Football Manager 2020 Boleh Dimainkan Secara Percuma Selama Seminggu

Diterbitkan pada Mac 19, 2020 oleh .

Oleh disebabkan pandemik Covid-19 ini, kebanyakan acara sukan telah dibatalkan termasuk juga liga-liga bola sepak serata dunia, jadi tiada cara yang lebih baik untuk melepaskan rindu, dengan bermain liga anda sendiri.

Bermula sekarang, sehingga 25 Mac anda boleh lakukannya dengan bermain Football Managger 2020 yang ditawarkan percuma buat sementara waktu di Steam. Anda boleh main selama seminggu permainan penuh, tetapi ia tidak akan terus menjadi hak milik.

Walaupun anda tidak merancang untuk beli, dalam masa seminggu anda boleh menghabiskan beberapa musim liga dan bolehlah melepaskan penantian untuk Liverpool menjulang piala.

Steam: Football Manager 2020


TIPS & ULASAN