Blizzard hari ini berkongsi satu video pengenalan untuk hero baharu buat permainan Overwatch iaitu Echo. Ia merupakan A.I yang dicipta oleh Dr Mina Liao.
Melalui video tersebut, didengari adalah kata-kata oleh Dr Liao mengenai penyesalan beliau bekerja dengan Omnica Corporation sebelum menjadi salah seorang daripada pengasas Overwatch.
Beliau terbunuh di dalam satu serangan, tetapi di pengakhiran video tersebut, Echo mengatakan ia adalah legasi, janji dan bayangan untuk Dr Liao.
Buat masa ini masih tiada tarikh untuk hero baharu ini akan tiba, tetapi Blizzard menyatakan ia adalah tidak lama lagi. Overwatch sudah pun dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.