Skip to main content

Square Enix hari ini mengesahkan yang tarikh pengeluaran untuk Final Fantasy VII Remake tidak akan terjejas, namun menyatakan yang akibat pandemik koronavirus ataupun Covid-19, pengedaran untuk versi fizikal permainan tersebut akan terjejas dan berkemungkinan besar, ada pemain yang tidak dapat memperolehnya.

Pengumuman ini hadir selepas Amazon tersalah menyatakan kepada pembeli yang tarikh pengeluaran ditukar. Pengarah, Tetsuya Nomura sendiri sebelum ini telah mengesahkan yang pembangunan telah siap dan berada di peringkat akhir untuk menambah-baik sahaja.

Final Fantasy VII Remake akan dikeluarkan pada 10 April 2020 secara eksklusif untuk PlayStation 4 buat masa terhad.

Leave a Reply