GOG Menawarkan Sebilangan Permainan Percuma Untuk Temani Anda Di Rumah

Tidak kira sama ada, anda bekerja di rumah, ataupun pelajar yang Universiti di tutup, anda boleh mengambil peluang lebihan masa untuk melakukan pelbagai aktiviti lain, termasuk juga bermain permainan video.

Bersempena dengan perkara tersebut, gedung dalam talian GOG telah menyenaraikan sebilangan permainan yang ditawarkan percuma oleh mereka. (terima kasih Niezam)

Berikut adalah antara permainan yang ditawarkan percuma;

  • Eschalon: Book 1
  • Postal: Classic and Uncut
  • Cayne
  • Bio Menace
  • Ultima 4

Untuk senarai penuh permainan yang ditawarkan percuma, anda boleh layari laman GOG.

Jika anda inginkan permainan-permainan lain, GOG juga sedang menganjurkan jualan promosi musim bunga sehingga 31 Mac 2020. Senarai permainan anda boleh lihat di pautan ini.

Sohor Kini