Skip to main content

Jualan promosi Mega March Sale sedang berlangsung di PS Store di mana ia menyertakan pelbagai permainan menarik dengan harga promosi. Satu perkara yang menarik minat kami adalah, konsol PS4 sendiri kini memaparkan jualan promosi tersebut di laman utama bersama dengan permainan-permainan anda.

Ini bukanlah pertama kali ia dilakukan, kami pertama kali melihatnya melalui penawaran Destiny pada 2 tahun lepas, kemudian ada beberapa permainan yang mendapatkan perkara yang sama, tetapi pertama kali melihat satu jualan promosi disertakan.

Jika anda ingin membuangnya, ia adalah cara yang sama semasa kami kongsi untuk Destiny 2 sebelum ini, anda boleh rujuk di artikel – Sony Kini Mengiklankan Permainan Destiny 2 Di Laman Utama PS4 – Begini Cara Untuk Membuangnya.

Mengenai jualan promosi pula, berikut adalah antara permainan menarik yang ditawarkan dengan harga lebih murah, tawaran ini adalah sehingga 31 Mac 2020;

  • eFootball PES 2020 – RM86.40
  • Death Stranding – RM143.40
  • NBA 2K20 – RM83.49
  • Devil May Cry 5 – RM88
  • Resident Evil 2 – RM109.50
  • Borderlands 3 – RM126.50
  • Days Gone – RM84.50

Bagi pelanggan PS Plus terdapat juga beberapa permainan yang menerima potongan harga tambahan dan jangan lupa untuk dapatkan Monster Hunter World, yang mula ditawarkan percuma hari ini.

[info] PS Store: Mega March Sale[/info]

Leave a Reply