Informasi Permainan Video Terkini
Anjur Sesi Netflix Dalam Talian Bersama Rakan Menggunakan Pemalam Chrome “Netflix Party”

Anjur Sesi Netflix Dalam Talian Bersama Rakan Menggunakan Pemalam Chrome “Netflix Party”

Diterbitkan pada Mac 18, 2020 oleh .

Perintah Sekatan Pergerakan secara rasmi bermula hari ini, dengan kata lain, ramai yang berada di rumah sepanjang hari. Selain menunaikan tanggungjawab untuk bekerja dari rumah, ia juga boleh dijadikan masa untuk menonton filem-filem ataupun siri di Netflix yang tidak sempat sebelum ini.

Jika anda ingin menonton bersama dengan rakan, tetapi pada masa sama cuba mengelak daripada berada di tempat yang sama ataupun terpaksa keluar daripada rumah, satu pemalam untuk Chrome mungkin menyelesaikan masalah tersebut.

Pemalam Netflix Party membolehkan anda menonton rancangan Netflix bersama rakan ataupun keluarga, dengan bahagian chat akan diletakkan di bahagian tepi, pemalam ini akan memastikan anda serta rakan anda sedang menonton di bahagian yang sama. Mengikut tetapan, setiap yang menyertai “parti” ini juga boleh mengawal video tersebut ataupun ada juga tetapan untuk yang menganjurkan sahaja dapat mengawalnya.

Cara memasang adalah mudah, pertama pasang pemalam Netflix Party melalui pautan ini, dan rakan/keluarga anda juga perlu memasangnya. Setelah siap, anda hanya perlu buka Netflix, dan mainkan mana-mana rancangan.

Pemalam tersebut, melalui ikon di bahagian bar, akan menyertakan satu pautan. Pautan tersebut akan membolehkan rakan/keluarga anda untuk menyertai sesi menonton bersama. Anda boleh menukar nama, dan juga gambar, tetapi buat masa ini ia tidak menyokong untuk memuat naik gambar sendiri.

Semestinya, anda dan rakan/keluarga anda mesti mempunyai akaun Netflix dan ia mesti ditonton menggunakan pelayar Chrome.

Pemalam Chrome: Netflix Party


TIPS & ULASAN