Gearbox Software dan 2K Games minggu ini berkongsi video 12 minit pertama untuk sesi bermain DLC kedua bagi permainan looter shooter mereka Borderlands 3.

DLC kedua ini iaitu Guns, Love and Tentacles akan dikeluarkan secara rasmi pada 26 Mac 2020 ini. Seperti yang diumumkan sebelum ini ia memfokuskan kepada majlis perkahwinan di antara Wainwright Jakobs dan Sir Hammerlock di bandar Cursehaven.

Tempat tersebut kemudiannya diserang oleh penjahat dan pemain perlu bersama dengan Jakobs, Hammerlock dan juga watak daripada Borderlands 2 iaitu Gaige untuk melawan mereka.

Anda boleh menonton sendiri video tersebut di bawah yang memperlihatkan daripada awal lagi, majlis perkahwinan ini bukanlah sesuatu yang biasa.

Borderlands 3 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store ataupun di Steam.

Sohor Kini