Demo Moving Out Kini Tiba Untuk Semua Platform

Pemain yang ingin mencuba permainan koperasi Moving Out kini boleh melakukannya untuk setiap platform yang ia bakal hadir iaitu PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Moving Out merupakan permainan simulasi koperasi berpindah di mana pemain berupaya untuk bermain sehingga 4 pemain untuk memindahkan barangan-barangan rumah seperti perabot, almari, TV dan sebagainya, ke lori pemindahan. Ia dibangunkan oleh SMG Studio dan diterbitkan oleh Team 17.

Pautan ini demo tersebut kami disertakan di bawah kecuali untuk PS4 kerana buat masa ini, ia masih tidak disenaraikan di PS Store Malaysia, kami akan kemaskini jika ia tiba. Ia boleh didapati di PS Store benua lain.

Mereka juga berkongsi video acah bersempena dengan pra-tempah yang kini turut dibuka. Anda boleh menontonnya di bawah.

Moving Out akan dikeluarkan secara rasmi pada 28 April 2020, dan sebelum ini dilaporkan yang ia akan menyertakan pelbagai aksesori untuk watak termasuk juga hijab.

Steam: Demo Moving Out

Xbox One: Demo Moving Out

Nintendo eShop: Demo Moving Out

Sohor Kini