Informasi Permainan Video Terkini
Monster Hunter World Di PlayStation 4 Ditawarkan Secara Percuma Buat Pelanggan PlayStation Plus

Monster Hunter World Di PlayStation 4 Ditawarkan Secara Percuma Buat Pelanggan PlayStation Plus

Diterbitkan pada Mac 18, 2020 oleh .

Capcom dan Sony Interactive Entertainment hari ini menawarkan permainan Monster Hunter World secara percuma buat pelanggan PlayStation Plus di konsol PlayStation 4.

Berdasarkan senarai yang diperlihatkan di PSN Store, ianya akan ditawarkan secara percuma bermula hari ini sehingga 22 April 2020 ini. Sebelum ini, Sony juga menawarkan Shadow Of The Colossus dan Sonic Force sebagai permainan percuma bagi bulan Mac.

Semestinya dengan perintah sekatan pergerakan dan kebanyakan daripada anda yang perlu bekerja dari rumah, permainan ini pasti dapat mengisi masa lapang anda yang mana kami boleh katakan salah satu permainan multi-pemain yang sangat baik oleh Capcom dan terlaris dengan jumlah jualan melebih 15 juta.

Bagi anda yang belum pernah bermain permainan ini, anda boleh dapatkannya secara percuma melalui pautan di bawah.

Muat-Turun PS4: Monster Hunter World


TIPS & ULASAN