MotoGP 20 Menerima Video Acah Bentuk Permainan

Milestone minggu ini berkongsi video acah bentuk permainan pertama untuk permainan simulasi perlumbaan motosikal MotoGP 20 yang memperlihatkan pelumba Valentino Rossi menunggang motor di litar Mugello dan Fabio Quartararo menunggang di litar Kymiring.

Video tersebut boleh ditonton di bawah.

Tambah Milestone, melalui video tersebut diperlihatkan fizik motosikal yang lebih realistik dan bertindak seperti yang sepatutnya, menjadikan bentuk permainan lebih mementingkan skill pemain. Ia juga memperlihatkan pengurusan bahan api dan tayar.

MotoGP 20 pertama kali diumumkan pada bulan lepas, di mana mereka berkongsi video acah pertama yang boleh dipertontonkan di bawah.

MotoGP 20 akan dikeluarkan pada 23 April 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, Stadia dan PC. Versi Switch di Amerika Syarikat akan dikeluarkan pada 5 Mei 2020.
 

Sohor Kini