Skip to main content

Minggu lepas, Activision dan Infinity Ward melancarkan secara rasmi permainan pertempuran royale baharu berdasarkan siri Call Of Duty, iaitu Call Of Duty: Warzone secara percuma.

Walaupun permainan tersebut memfokuskan bentuk berpasukan, ianya mendapat sambutan yang sangat baik di kalangan pemain dengan sejumlah 6 juta pemain dalam tempoh masa sehari.

Terkini, selari dengan arahan penjarakkan sosial akibat wabak semakin tular ini, Activision tampaknya memberi pilihan buat pemain untuk bermain secara solo melalui kemaskini terbaru buat permainan ini.

https://twitter.com/CallofDuty/status/1239974697934049280

Seperti kebanyakan permainan pertempuran royale lain, mod solo semestinya satu bentuk permainan yang lebih ringkas tanpa perlu memfokuskan bentuk kerjasama antara pemain lain dan memandangkan permainan ini menyokong sehingga 150 pemain di dalam satu kawasan, pemain yang bermain mod solo perlu menumpaskan 149 pemain untuk bergelar juara.

Selain itu mod Solo ini juga akan masih lagi menyertakan mod Gulag, setelah pemain tertumpas untuk diberi peluang sekali lagi untuk kembali ke medan perang.

Activision juga menyertakan satu barangan khas iaitu Self-Revive Kits melalui mod solo di mana pemain boleh sembuhkan diri jika tertumpas.

Call of Duty Warzone sudah pun dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Untuk maklumat lanjut serta pautan anda boleh layari pautan ini.

Leave a Reply