Informasi Permainan Video Terkini
Filem MCU Pertama 2020 “Black Widow” Turut Ditundakan

Filem MCU Pertama 2020 “Black Widow” Turut Ditundakan

Diterbitkan pada Mac 18, 2020 oleh .

Black Widow adalah filem MCU pertama untuk tahun 2020. Ia adalah filem prekuel, kerana Natasha Romanoff/Black Widow telah pun mati dalam filem Avengers: Endgame. Filem Black Widow ini akan memfokuskan masa silam Natasha dengan memperlihatkan keluarga beliau. Filem ini berlaku di antara filem Captain America: Civil War dan Avengers: Infinity War. Dalam filem ini Natasha akan bertempur dengan Taskmaster, iaitu penjahat yang boleh tiru kebolehan musuh.

Filem ini dijadualkan untuk ditayangkan pada 1 Mei 2020. Dukacita dimaklumkan yang filem ini turut akan ditundakan, dek kerana wabak koronavirus yang sedang berleluasa. Disney tidak memberitahu sebarang tarikh baharu, bila ia akan ditayangkan. Menangguh tarikh tayangan adalah satu keputusan bijak Disney, bagi memastikan keselamatan dan kesihatan peminat. Selain itu, ia turut tidak akan menjejaskan jualan tiket – kerana wabak Covid-19 membuatkan ramai tidak boleh/tidak berani keluar rumah.


TIPS & ULASAN