Kemaskini: Servis atas-talian kembali beroperasi seperti biasa.
Artikel Asal: Nintendo hari ini mengumumkan yang mana servis atas-talian buat konsol Nintendo Switch tergendala. Ini sekaligus pemain tidak berupaya untuk mengakses Nintendo eShop dan multi-pemain setakat ini.
Kami percaya masalah ini adalah disebabkan jumlah pemain yang sesak akibat ramai yang sedang log masuk secara atas-talian akibat berkurung daripada wabak koronavirus (Covid-19). Namun buat masa ini Nintendo masih belum berkongsi sebarang kenyataan rasmi berkenaannya.
Seperti biasa, kami akan mengemaskini sebarang informasi lanjut setelah ia dikemaskini.
[sedang dikemaskini]