Dikemaskini: Moonton mengumumkan yang mana kejohanan ini akan diteruskan secara atas-talian yang mana ianya akan bermula pada 10 hingga 19 April 2020. Kejohanan tersebut juga akan ditayangkan secara langsung di Facebook Rasmi Mobile Legends: Bang Bang.

Artikel Asal: Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Liga Profesional Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) musim ke-5 hari ini disahkan tertunda akibat wabak koronavirus (Covid-19).

Menurut kenyataan rasmi di Facebook rasmi Mobile Legends: Bang Bang, penundaan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan penularan wabak tersebut di samping menjaga kesihatan dan keselamatan pemain, kakitangan dan peminat.

Buat masa ini, Moonton tidak menyatakan sebarang tarikh untuk kejohanan tersebut akan kembali di adakan di mana mereka hanya menyatakan segala informasi lanjut akan diumumkan melalui Facebook Rasmi mereka.

Walaupun begitu, siri web Bangkit berdasarkan permua Mobile Legends; Bang Bang masih lagi diteruskan setiap hari Khamis yang mana setakat ini terdapat dua episod telah pun ditayangkan di mana anda boleh menontonnya di sini.

Seperti biasa kami akan mengumumkan sebarang informasi lanjut setelah ia diumumkan kelak.

Sohor Kini