Skip to main content

E3 tahun lepas, SEGA mengumumkan secara rasmi yang mana mereka akan membawa permainan Phantasy Star Online 2 secara global tahun ini.

Walaupun pelancarannya masih belum diumumkan, hari ini SEGA menyatakan yang mana mereka akan melancarkan sesi beta terbuka buat permainan tersebut bermula esok pada jam 9 pagi khas di konsol Xbox One.

Bersempena dengan pengumuman ini, SEGA juga menyatakan yang mana permainan tersebut juga kini boleh dimuat-turun melalui Microsoft Store secara percuma. Namun bagi akses permainan, pemain perlu melanggan Xbox Live Gold.

Phantasy Star Online 2 merupakan permainan MMORPG percuma yang mana ianya memfokuskan bentuk aksi dengan pelbagai misi tanpa had. Ianya juga memfokuskan pemain untuk menghasilkan watak pemain sendiri dan bermain secara atas-talian.

Permainan tersebut sebelum ini telah pun dilancarkan di pasaran Jepun di konsol Playstation 4, Vita, Switch dan juga PC. Menurut SEGA, ianya bakal tiba di konsol Xbox One dan PC sekitar tahun ini secara global. Namun buat masa ini versi konsol lain buat pasaran global masih belum diumumkan.

Leave a Reply