Bulan lepas, Tom Holland menyatakan yang mana produksi rakaman untuk filem aksi-nyata Uncharted akan bermula bulan ini yang mana filem tersebut juga disertai oleh barisan pelakon terkenal seperti Antonia Banderas dan ia akan diarahkan oleh Ruben Fleischer iaitu pengarah filem Venom.

Terkini, setelah beberapa kali penundaan dan penukaran pengarah, filem ini tampaknya akan mendapat berita buruk seterusnya di mana atas akibat wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin tular, rakaman filem tersebut juga terhenti selama enam minggu.

Menurut laporan, ianya dijadualkan untuk bermula rakaman di Berlin bulan hadapan dan atas sebab pandemik yang berlangsung sekarang ini, ianya terus ditunda untuk mengelak risiko jangkitan buat pelakon dan kru terlibat.

Buat masa ini, dari segi tarikh rakaman untuk kembali termasuklah tarikh tayangan tidak diumumkan akan terjejas ataupun tidak. Seperti yang kami laporkan, filem ini dijadualkan untuk ditayangkan pada 5 Mac 2021 ini.

Semestinya ini bukanlah filem ataupun siri pertama yang terjejas di mana awal hari ini kami juga laporkan siri Netflix The Witcher turut tertunda rakamannya yang mana pasti dengan wabak koronavirus yang semakin teruk ini akan terus menjejaskan produksi rakaman.

Seperti biasa, sekali lagi kami ingatkan agar kesemua rakyat Malaysia untuk terus berwaspada dan pada masa yang sama patuh segala arahan yang diumumkan oleh pihak berkuasa, terutamanya ketika perintah sekatan pergerakan ini berlangsung.

Sohor Kini