Informasi Permainan Video Terkini
Permua Mega Man X DiVE Bakal Tiba Minggu Hadapan Di iOS Dan Android

Permua Mega Man X DiVE Bakal Tiba Minggu Hadapan Di iOS Dan Android

Diterbitkan pada Mac 17, 2020 oleh .

Setelah pengumuman pembukaan pra-pendaftaran bulan lepas, Capcom Taiwan hari ini akhirnya mengumumkan yang mana permua Mega Man X DiVE akan dilancarkan secara rasmi pada 24 Mac 2020 ini.

Seperti yang dijanjikan oleh Capcom Taiwan sebelum ini, permua ini akan dilancarkan di iOS dan Android yang mana ianya kini sudah pun boleh dipra-daftar buat mereka yang ingin dapatkan notifikasi apabila ianya boleh dimuat-turun.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Mega Man X DiVE adalah permua khas berdasaarkan siri Mega Man X yang mana melalui permua ini ianya memfokuskan bentuk permainan baharu seperti DiVE Trigger yang mana pemain boleh gunakannya untuk bertembung dengan pemain lain ataupun menumpas musuh. Permainan ini juga akan menyertakan beberapa lokasi daripada siri utama Mega Man X dan juga lokasi baharu. Dari segi penceritaan ianya akan memfokuskan pemain untuk memasuki dunia permainan “Mega Man X” Deep Log, dengan menggunakan watak X dan Zero untuk membanteras pepijat.

Selain nitu, permua ini juga mempunyai bentuk koperasi dan mod pertempuran antara pemain yang mana pemain boleh gunakan pelbagai watak lain untuk tumpaskan pemain lain.

Jadi bagi anda yang berminat, anda boleh ke pautan di bawah untuk membuat pra-pendaftaran dan muat-turunnya minggu hadapan.

iOS: Mega Man X DiVE

Android: Mega Man X DiVE


TIPS & ULASAN