Ubisoft minggu ini melancarkan kemaskini baharu buat permainan Assassin’s Creed Odyssey yang mana ianya kini boleh dimuat-turun dengan bersaizkan sekitar 4GB yang mana ianya mempunyai beberapa kemaskini permainan dan pembaikan pepijat.
Menurut laporan Eurogamer, kemaskini tersebut juga menyertakan kostum khas Ezio Auditore, iaitu watak utama dari siri Assassin’s Creed II, Brotherhood dan Revelation. Berdasarkan imej yang dikongsikan, kelihatan ianya menyertakan kostum Ezio sebagai Master Assassins daripada Assassin’s Creed Brotherhood.
Buat masa ini, kostum ini masih belum dilancarkan secara rasmi dan kelihatan Ubisoft mungkin akan mengadakan acara komuniti khas untuk pemain dapatkannya.
Walaupun begitu, terdapat beberapa pemain di PC telah pun berjaya mendapatkan kostum tersebut dengan menggunakan kaedah mereka sendiri di mana berdasarkan video yang mereka kongsikan, kostum tersebut kelihatan mempunyai statistik yang sangat tinggi dengan rekaan yang sama dengan kostum Ezio asal.
Kami di Aksiz pasti akan mengemaskini setelah Ubisoft mengumumkannya secara rasmi.
Assassin’s Creed Odyseey telah pun dilancarkan beberapa tahun lepas di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC. Kami sebelum ini juga telah pun mengulasnnya di mana anda boleh membacanya di artikel di bawah.