Informasi Permainan Video Terkini
Produksi Rakaman Musim Kedua Siri Netflix The Witcher Tertunda Akibat Wabak Koronavirus

Produksi Rakaman Musim Kedua Siri Netflix The Witcher Tertunda Akibat Wabak Koronavirus

Diterbitkan pada Mac 17, 2020 oleh .

Netflix hari ini mengumumkan yang mana produksi rakaman buat musim kedua Siri Netflix The Witcher yang diumumkan sebelum ini tertunda akibat wabak koronavirus (Covid-19).

Seperti biasa, penundaan ini semestinya untuk mengelak daripada wabak ini merebak dan pada masa yang sama mengurangkan risiko buat kru dan juga barisan pelakon yang terlibat.

Menurut laporan Variety, penundaan ini adalah selama dua minggu, namun Netflix tidak menyatakan sama ada tayangan musim kedua ini akan terjejas ataupun tidak. Rakaman siri Netflix The Witcher ini berlangsung di Arborfield Studios yang terletak di barat London.

Berdasarkan apa yang dikongsikan, walaupun rakaman dihentikan sementara, Netflix masih lagi membayar gaji kru-kru produksi tersebut dan semestinya tindakan ini semestinya harus dipuji oleh pihak Netflix memandangkan kes di United Kingdom semakin meningkat dengan jumlah kes yang melebihi 1000 dengan kes kematian sehingga 35, berdasarkan laporan KKM.


TIPS & ULASAN