Informasi Permainan Video Terkini
Panggung Wayang GSC, MBO Dan TGV Tidak Akan Beroperasi Bermula Esok Sehingga 31 Mac

Panggung Wayang GSC, MBO Dan TGV Tidak Akan Beroperasi Bermula Esok Sehingga 31 Mac

Diterbitkan pada Mac 17, 2020 oleh .

Dengan pengumuman perintah sekatan pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam, kesemua panggung wayang tempatan termasuklah GSC, MBO dan TGV mengumumkan yang mana mereka akan henti operasi sementara bermula esok sehingga 31 Mac 2020 ini.

Semestinya perintah sekatan pergerakan ini adalah disebabkan wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin tular ini dan tindakan ini dijalankan untuk mengurangkan wabak tersebut merebak.

Bagi mereka yang membuat pembelian awal tiket sepanjang tarikh tersebut, anda boleh membuat pembayaran semula di mana bagi pembelian secara atas-talian, ianya akan terus dibayar semula dalam tempoh masa 14 hari bekerja. Namun bagi mereka yang membeli tiket di di kaunter, pelanggan diminta untuk memegang tiket tersebut dan membuat pembayaran semula setelah kaunter di buka semula pada April ini.

Dengan pengumuman ini, kami dari Aksiz juga ingin mengingatkan pembaca untuk sentiasa berwaspada dan patuh sebarang arahan pihak berkuasa.


TIPS & ULASAN