Skip to main content

Square-Enix sebelum ini menjanjikan buat mereka yang membuat turun Demo Final Fantasy VII Remake sebelum 11 Mei 2020, mereka akan menyertakan tema dinamik PlayStation 4 khas yang mana minggu ini mereka memperlihatkan tema tersebut secara rasmi.

Menariknya, melalui akaun Twitter rasmi permainan tersebut, mereka bukan sahaja akan menyertakan satu tema, tetapi tiga tema percuma khas buat pemain yang mana ianya boleh didapatkan oleh pemain melalui beberapa cara.

Tema pertama seperti yang dinyatakan sebelum ini adalah percuma buat mereka yang memuat-turun dan bermain demo Final Fantasy VII Remake sebelum ini. Manakala tema kedua seperti di atas, akan disediakan buat semua pelanggan PlayStation Plus.

Manakala tema ketiga yang memfokuskan watak Sephiroth pula akan disertakan buat mereka yang membuat pra-tempahan di Amazon ataupun mana-mana pengedar rasmi permainan ini.

Bagi anda yang berminat, Final Fantasy VII Remake akan dilancarkan pada 10 April 2020 ini di konsol PlayStation 4 dan pra-tempah permainan tersebut sudah pun bermula melalui PSN Store bagi versi Digital dan versi fizikal pula boleh didapatkan di pengedar rasmi PlayStation. Berikut adalah senarai harga mengikut edisi permainan.

Bagi informasi lanjut edisi terhad dan edisi Deluxe, anda boleh baca di artikel ini.

Leave a Reply