Seperti yang diumumkan tahun lepas, DLC berbayar pertama daripada dua untuk permainan Control oleh Remedy Entertainment akan tiba 26 Mac ini. Hari ini, mereka berkongsi video acah untuknya.
Pemain masih lagi memegang watak Jesse Faden yang merupakan pengarah untuk Federal Bureau of Control selepas kejadian di dalam permainan pertama. Dia perlu memasuki the Foundation untuk menghalang daripada Astral Plane “menelan” the Oldest House.
Anda boleh menonton sendiri video tersebut di bawah.
Remedy sebelum ini juga mengumumkan satu lagi DLC berbayar untuk permainan ini akan dikeluarkan pada pertengahan tahun ini.
Control sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. DLC the Foundation ini akan tiba pada 26 Mac untuk PS4 dan PC manakala untuk Xbox One akan tiba pada 25 Jun 2020.
Control merupakan antara permainan terbaik pilihan kami pada tahun lepas, untuk ulasan penuh anda boleh membacanya melalui pautan berikut; Ulasan Control โ Permainan Aksi Terbaik Setakat Ini