Skip to main content

Dengan pengumuman permainan baharu dan studio baharu di Tokyo, minggu ini Platinum Games mengumumkan yang mana kini sedang membina satu enjin permainan baharu yang mana ianya memfokuskan pembangunan permainan untuk generasi seterusnya.

Dengan nama PlatinumEngine, enjin permainna tersebut dinyatakan akan membenarkan syarikat tersebut untuk menghasilkan permainan yang lebih besar dan kreatif.

Menurut Wataru Ohmori iaitu ketua pegawai teknologi penyelidikan dan pembangunan di Platinum Games, beliau menyatakan enjin permainan yang berada di pasaran sekarang ini seperti Unity dan Unreal tidak mempunyai beberapa fungsi yang Platinum Games perlukan, sekaligus mereka mengambil keputusan untuk menghasilkan enjin permainan sendiri untuk kegunaan studio tersebut.

Menurut kenyataan mereka lagi, enjin permainan tersebut juga akan mengubah gaya kerja dan menyertakan beberapa alatan untuk pembangun melakukan perubahan buat permainan dan pelbagai lagi kesan visual yang lebih menawan.

Semestinya dengan pengumuman ini, kita pasti akan melihat permainan Platinum Games seterusnya akan menjadi lebih menarik dan kami sendiri tidak sabar untuk melihat hasil permainan yang dibangunkan dengan menggunakan enjin ini.

Leave a Reply