Akaun Twitter rasmi untuk Call of Duty mengumumkan yang permainan pertempuran royale Call of Duty Warzone telah mempunyai lebih 15 juta pemain selepas 3 hari dikeluarkan.
Mereka sebelum ini mengumumkan yang permainan tersebut mempunyai 6 juta pemain selepas 24 jam dikeluarkan. Dengan menggunakan nama Call of Duty serta dikeluarkan sebagai permainan percuma, kejayaan ini adalah sesuatu yang sudah dijangka. Penerimaan ini boleh dikatakan sebaik Call of Duty Mobile yang dimuat turun sebanyak 20 juta kali selepas 3 hari dilancarkan.
Call of Duty Warzone sudah pun dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Untuk maklumat lanjut serta pautan anda boleh layari pautan ini.