Gameloft mengumumkan yang Asphalt 9 untuk Switch telah dimuat turun sebanyak 4 juta kali sejak dilancarkan pada 5 bulan lepas. Ia sebelum ini mencatat 1 juta kali muat turun selepas seminggu dikeluarkan.


Bersempena dengan kejayaan ini, mereka juga melancarkan kemaskini utama untuk versi ini, iaitu “The Caribbean Update” seperti yang dikeluarkan untuk versi peranti pintar pada tahun lepas.
Bagi versi Switch ia menyertakan lokasi dan 14 kereta baharu seperti McLaren Senna dan Ferrari LaFerrari Aperta yang boleh diubah suai. Mereka juga menambah-baik mod permainan secara multi-pemain.
Video untuk kemaskini ini, disertakan di bawah.
Asphalt 9 sudah dikelurkan untuk peranti pintar iOS serta Android, PC dan Switch.