Skip to main content

Epic Games Store bermula hari ini menawarkan tiga permainan sebagai permainan percuma mingguan mereka iaitu Anodyne 2: Return to Dust, A Short Hike dan Mutazione.

Anodyne 2 merupakan permainan platform yang diterbitkan oleh Analgesic Productions yang dikeluarkan untuk PC pada pertengahan tahun lepas.

Manakala, A Short Hike adalah permainan pengembaraan yang menjadikan pemain sebagai seekor burung. Ia dibangunkan serta diterbitkan oleh Adamgryu untuk PC pada tahun lepas.

Akhir sekali adalah Mutazione, ia adalah permainan pengembaraan dibangunkan oleh Die Gute Fabrik dan diterbitkan oleh Akupara Games untuk PC dan PS4 juga pada tahun lepas.

Anda boleh mula menebus dan juga memuat turun permainan-permainan tersebut bermula sekarang sehingga 19 Mac 2020. Sebelum ia digantikan dengan dua permainan iaitu The Stanley Parable dan Watch Dogs.

[download]Epic Games Store: Permainan Percuma[/download]

Leave a Reply