Informasi Permainan Video Terkini
Dua Permainan Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Diumumkan Bakal Tiba Di PlayStation 4 Dan Telefon Pintar

Dua Permainan Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Diumumkan Bakal Tiba Di PlayStation 4 Dan Telefon Pintar

Diterbitkan pada Mac 13, 2020 oleh .

Melalui majalah terkini Weekly Jump, tampaknya dua permainan berdasarkan siri anime Demon Slayer akan dilancarkan di PlayStation 4 dan juga versi permua di iOS dan Android.

Menurut laporan, permainan tersebut diterbitkan oleh Aniplex yang mana bagi versi PlayStation 4, ianya dijadualkan untuk dilancarkan tahun hadapan buat pasaran Jepun. Dari segi benutk permainan, ianya akan memfokuskan bentuk aksi dan akan memfokuskan penceritaan Tanjiro Kamado dengan penceritaan asalnya.

Manakala bagi permua Demon Slayer yang bakal tiba di peranti telefon pintar pula akan memfokuskan bentuk permainan percuma dan ia dibangunkan oleh Soleil. Darisegi informasi lain ianya masih belum diumumkan.

Semestinya bagi anda yang meminati siri anime ini, ianya pasti adalah satu pengumuman yang menarik dan kami pasti akan mengemaskini sebarang informasi lanjut setelah ia diumumkan secara rasmi.


TIPS & ULASAN