Skip to main content

Setelah beberapa kali terdapat ura-ura berkenaan Silent Hill mungkin akan dikembalikan oleh Konami, tampaknya kini kita terdapat beberapa informasi lanjut berkenaannya terutamanya berkenaan pengarah seni Silent Hill yang disahkan sedang terlibat dengan projek baharu sebelum ini.

Menurut laporan Rely On Horror, Konami sebelum ini sedang mencari pembangun untuk meneruskan siri Silent Hill dengan membawa dua permainan Silent Hill baharu. Laporan tersebut diteruskan yang mana Masahiro Ito iaitu pengarah seni siri Silent Hill disahkan bahawa beliau sememangnya terlibat dengan permainan baharu Silent Hill yang mana terdapat juga beberapa sumber menyatakan ianya disokong oleh Sony sendiri dan ia mungkin akan tiba di konsol PlayStation 5.

Laporan tersebut juga menyatakan yang mana Keiichiro Toyama pengarah dan penulis permainan pertama Silent Hill bersama Akira Yamaoka iaitu komposer untuk siri tersebut juga kembali bersama Masahiro Ito yang mana ketiga-tiga mereka akan mengolah semula siri Silent Hill.

Ini sekaligus permainan Silent Hill tersebut mungkin adalah berdasarkan penceritaan baharu yang hanya dipanggil Silent Hill dan menariknya juga, pasukan pembangun permainan Siren: Blood Curse yang dilancarkan di PlayStation 3 di studio pembangun SIE Japan Studio juga dilaporkan terlibat dengan pembangunan permainan ini. Ianya juga dilaporkan yang mana pembangunan permainan ini telah pun bermula sejak tahun lepas.

Manakala bagi permainan kedua Silent Hill, laporan tersebut menyatakan Sony kelihatan sedang cuba meredakan keadaan antara Konami dan Kojima Productions untuk menghidupkan kembali projek P.T. yang dilancarkan beberapa tahun lepas. Ini sekaligus permainan kedua Silent Hill ini mungkin akan dibangunkan oleh Kojima Productions dan menariknya, Sony menawarkan kebebasan kreatif buat Hideo Kojima di mana ia akan memfokuskan bentuk permainan naratif dengan sokongan realiti-maya melalui PlayStation VR di PlayStation 5. Namun buat masa ini, ianya masih lagi belum disahkan secara rasmi dan masih lagi pada peringkat awal perancangan.

Semestinya buat masa ini ianya masih lagi satu laporan khabar angin sahaja dan ianya mungkin akan dibatalkan sekali lagi. Walaupun begitu, dengan penglibatan Sony, Konami dan Kojima Productions semestinya kita mungkin lihat siri Silent Hill mungkin akan kembali dengan gahnya pada masa akan datang.

Seperti biasa, kami pasti akan mengemaskini jika terdapat sebarang kemaskini berkenaan permainan ini.

Leave a Reply