Dengan pelancaran Persona 5 Royal yang semakin hampir pada penghujung bulan ini, hari ini Atlus berkongsi satu lagi video acah baharu buat permainan tersebut yang mana ianya memperlihatkan beberapa bentuk permainan dan juga watak baharu iaitu Kasumi Yoshizawa.

Melalui video acah tersebut, semestinya akhirnya kita diperlihatkan dengan video acah Persona 5 Royal yang mempunyai suara latar bahasa Inggeris dan pada masa yang sama watak watak Kasumi Yoshizawa juga diperlihatkan dengan lebih lanjut.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini adalah permainan yang dikembangkan daripada permainan Persona 5 yang dilancarkan sebelum ini dengan pelbagai kandungan baharu. Untuk mengetahui kandungan baharu yang bakal tiba, anda boleh membacanya di artikel di bawah.

Persona 5 Royal akan tiba secara rasmi pada 31 Mac 2020 ini di konsol PlayStation 4.

Sohor Kini