Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Baharu Sakura Wars Memperlihatkan Sebilangan Watak Yang Anda Boleh Mengurat

Video Acah Baharu Sakura Wars Memperlihatkan Sebilangan Watak Yang Anda Boleh Mengurat

Diterbitkan pada Mac 13, 2020 oleh .

Februari lepas, SEGA mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan baharu Sakura Wars di konsol PlayStation 4 pada 28 April 2020 ini yang mana ianya adalah sekuel kepada permainan Sakura Wars: So Long My Love yang dilancarkan beberapa tahun lepas.

Dengan pelancaran yang semakin hampir, SEGA hari ini berkongsi satu video acah baharu buat permainan tersebut yang memperlihatkan beberapa ‘hubungan’ yang anda boleh lakukan bersama-sama watak-watak yang anda boleh lakukan.

Melalui bentuk ini, pemain berupaya untuk mengurat beberap watak yang terdapat di dalam permainan ini yang mana sedikit sebanyak ianya memfokuskan bentuk perhubungan antara pasukan pemain. Bentuk perhubungan ini juga akan memberi kesan terhadap pemain ketika bertempur yang mana ianya dikembangkan lagi melalui sistem dialog LIPS khas melalui permainan ini.

Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan permainan ini, anda boleh ke artikel ini.


TIPS & ULASAN