Skip to main content

Dengan wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin teruk sekarang ini, Niantic Labs hari mengumumkan yang mana mereka akan mengubah beberapa aspek permua Pokémon Go untuk mengelak pemain daripada sering keluar dan menangkap Pokémon.

Antara pengumuman yang dilakukan adalah acara komuniti Abra kini disahkan ditunda untuk mengelak daripada pemain berkumpul. Selain itu bermula hari ini, Incense iaitu alat yang berupaya untuk menarik Pokémon untuk muncul di sesuatu kawasan juga dijual dengan hanya 1 PokéCoin sahaja untuk sekali pembelian. Insense tersebut juga kini bertahan sehingga 1 jam.

Buat telu Pokémon pula, jumlah tempoh untuk ianya menetas telah dikurangkan sehingga separuh apabila ianya diletakkan di dalam Incubators. Dari segi aspek PokéStop pula, ianya kini memberi lebih banyak barangan dan jumlmah Pokémon yang muncul juga ditingkatkan.

Semestinya dengan perubahan ini, ianya sedikit sebanyak memberi beberapa kelebihan buat pemain untuk tidak sering keluar mencari PokéStop dan berjalan dengan banyak untuk menetaskan telur Pokémon. Dari segi tempoh masa bentuk ini akan dikekalkan, Niantic Labs akan umumkan kemudian.

Bagi anda yang bermain Pokémon GO, pastikan anda sentiasa berwaspada dan mengikut segala arahan pihak berkuasa walaupun di mana anda berada.

Leave a Reply