Skip to main content

NetEase dan Marvel hari ini mengumumkan satu lagi permua baharu berdasarkan siri adiwira terkenal iaitu Marvel Duel, di mana ianya akan memfokuskan bentuk permainan pertarungan kad dengan menyertakan pelbagai watak dan adiwira dari siri Marvel. Permua ini akan dilancarkan di peranti iOS dan Android secara percuma.

Menurut NetEase, permua ini akan memfokuskan lebih dari 150 watak dariapda dunia Marvel dan pemain berupaya untuk bermain sebagai salah seorang daripada lima adiwira lagenda seperti Thor, Iron Man, Captain Marvel, Spider-man dan Star-Lord.

Dari segi kandungan kad, pemain juga berupaya untuk mengubah-suai dek dengan pelbagai jenis kad dari segi watak, kelengkapan, kemahiran, perangkap dan sebagainya untuk menghasilkan dek yang sempurna untuk bertempur dengan pemain lain. Marvel Duel juga akan menyertakan visual pertempuran 3 dimensi dengan sokongan multi-pemain yang mana sesuai untuk semua jenis peringkat pemain.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan dan menurut NetEase, sesi beta tertutup akan bermula di Thailand dan Filipina dahulu bermula minggu hadapan.

Bagi pasaran Malaysia, ianya hanya akan tiba melalui beta terbuka bermula April ini yang mana pemain boleh buat pendaftaran di laman rasmi permainan tersebut dan tarikh pelancarannya akan diumumkan kemudian.

[info] Layari: Marvel Duel [/info]

Leave a Reply