Informasi Permainan Video Terkini
CD Projekt Red Mengesahkan Permainan The Witcher Baharu Akan Mula Dibangunkan Selepas Pelancaran Cyberpunk 2077

CD Projekt Red Mengesahkan Permainan The Witcher Baharu Akan Mula Dibangunkan Selepas Pelancaran Cyberpunk 2077

Diterbitkan pada Mac 12, 2020 oleh .

CD Projekt Red hari ini mengesahkan yang mana mereka akan mula membangunkan permainan The Witcher setelah permainan Cyberpunk 2077 dilancarkan.

Menurut Adam Kiciński, presiden studio pembangunan tersebut menyatakan yang mana mereka kini sudah pun mempunyai konsep buat permainan seterusnya buat siri The Witcher dan sebahagian pasukan pembangun kecil sudah mula membangunkan permainan The Witcher tersebut manakala dua lagi pasukan pembangun yang lebih besar akan teruskan pembangunan Cyberpunk 2077. Namun pembangunan permainan The Witcher tersebut akan terus berlangsung sepenuhnya setelah pelancaran Cyberpunk 2077 menjelang September kelak.

Menurut laporan lagi, permainan The Witcher baharu tersebut mungkin tidak lagi akan menjadi sekuel kepada The Witcher 3: Wild Hunt dan tidak akan dinamakan The Witcher 4. Selain daripada kenyataan tersebut, Adam Kiciński tidak berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaan.

Semestinya dengan pengumuman ini sudah pasti permainan The Witcher seterusnya akan dibangunkan untuk konsol generasi seterusnya dan dengan aspek bukan sekuel terus daripada permainan The Witcher 3, kita juga mungkin akan bermain sebagai watak lain selain dari Geralt. Kami di Aksiz pasti akan berkongsi sebarang informasi lanjut setelah ia diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN