Skip to main content

Call of Duty Warzone iaitu permainan pertempuran royale oleh Activision dan Infinity Ward yang ditawarkan secara percuma untuk pemain telah mempunyai 6 juta pemain selepas 24 jam dikeluarkan.

Perkara ini diumumkan oleh Twitter rasmi untuk Call of Duty.

https://twitter.com/CallofDuty/status/1237865764167639041

Menggunakan cara pemasaran yang sama dengan Apex Legends iaitu dikeluarkan secara terus tanpa pengumuman awal, mereka berkongsi kejayaan yang lebih kurang. Apex Legends sebelum ini mempunyai 10 juta pemain dalam masa 3 hari.

Call of Duty Warzone sudah pun dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Untuk maklumat lanjut serta pautan anda boleh layari pautan ini.

Leave a Reply