Informasi Permainan Video Terkini
Warner Bros Sepatutnya Mengumumkan Permainan Batman Dan Harry Potter Di E3

Warner Bros Sepatutnya Mengumumkan Permainan Batman Dan Harry Potter Di E3

Diterbitkan pada Mac 12, 2020 oleh .

Menurut laporan oleh Kotaku, Warner Bros merancang untuk melakukan sidang media buat pertama kali semasa E3 yang sepatutnya dianjurkan pada bulan Jun ini, sebelum ia dibatalkan.

Mereka dikatakan akan mengumumkan permainan baharu untuk Batman, permainan Harry Potter yang tidak pernah diumumkan sebelum ini, namun ia pernah tertiris, dan juga permainan terbaru oleh Rocksteady.

Dengan pembatalan E3 ini, mungkin mereka akan melakukan pengumuman seperti mana Nintendo lakukan Nintendo Direct.

Entertainment Software Association (ESA) pada lewat malam semalam telah mengumumkan yang acara E3 telah dibatalkan pada tahun ini, kerana wabak Covid-19 yang baru sahaja diumumkan sebagai satu pandemik oleh World Health Organisation (WHO).

Ia sudah semestinya satu perkara yang mengecewakan bagi pengikut industri permainan video. Namun, kami merasakan ia adalah keputusan yang tepat kerana mereka tidak boleh menjaminkan keselamatan pengunjung.


TIPS & ULASAN