Kemaskini: Two point mengumumkan yang penambahan ini telah tertunda kerana masalah teknikal. Ia akan tiba pada 25 Mac 2020.
Two Point Studio dan Sega hari ini mengumumkan penambahan baharu untuk Two Point Hospital iaitu “Off the Grid”. Penambahan ini akan dikeluarkan pada 18 Mac 2020 untuk PC, buat masa ini masih tiada tarikh untuk versi konsol.
Penambahan ini akan memerlukan pemain membina mengurus dan membina hospital di kawasan desa yang memfokuskan kepada persekitaran dan juga penggunaan tenaga lestari.
Ia akan menyertakan pelbagai penambahan seperti penyakit, peralatan dan bilik baharu untuk di bina di mana mereka akan kongsi dari semasa ke semasa.
Two Point Hospital sudahpun dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Penambahan ini juga boleh diperoleh melalui steam dengan harga potongan 20% iaitu RM20.70.