Ubisoft hari ini mengumumkan permainan pembinaan bandar mereka Anno 1800 telah mempunyai 1 juta pemain selepas 9 bulan dikeluarkan, menjadikan Anno 1800 adalah permainan terlaris bagi siri ini yang sudah berumur 21 tahun.

Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga berkongsi beberapa informasi menarik melalui infografik, antaranya adalah sudah 22 juta pulau dibangunkan yang didiami oleh lebih 44 bilion penduduk.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang pemain yang bukan sebahagian daripada 1 juta tersebut, juga boleh mencuba Anno 1800 secara percuma buat sementara waktu iaitu bermula pada 12 Mac sehingga 15 Mac 2020 (melalui Uplay dan Epic Games Store).

Sohor Kini