Kemaskini: Video acah bentuk “Episode: New Hero” diperlihatkan secara rasmi.

Artikel Asal: Beberapa bulan lepas, Bandai Namco mengumumkan permainan Captain Tsubasa: Rise Of Of New Champions yang mana ianya adalah berdasarkan siri manga terkenal oleh Yoichi Takahashi hampir 40 tahun lepas.

Terkini, melalui kenyataan rasmi Bandai Namco, mereka berkongsi beberapa informasi lanjut berkenaan permainan tersebut dan antaranya adalah mod khas yang dipanggil “New Hero” di mana pemain berupaya untuk menghasilkan watak pemain sendiri.

Melalui mod ini, pemain berpeluang untuk menyertai 3 sekolah utama iaitu Furano Middle School dari Hokkaido, Toho Academy di Tokyo ataupun Muasashi Middle School yang diketuai oleh Jun Misugi. Menariknya, tugas utama pemain melalui mod ini adalah untuk menumpaskan pasukan dari sekolah Nankatsu Middle School yang diketuai oleh Tsubasa Ozora iaitu watak utama untuk siri Captain Tsubasa.

Bandai Namco juga menjanjikan penceritaan dramatik dengan pelbagai cabang penceritaan berdasarkan sekolah dan pemain seperjuangan yang dipillih oleh pemain. Selain itu, jika pemain mengeratkan hubungan antara watak-watak lain, pemain juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai kemahiran khas buat watak tersebut.

Semestinya ini adalah sesuatu yang menarik dan agak berlainan jika ingin dibandingkan dengan permainan lain yang sering memfokuskan utama daripada siri anime sahaja. Ini juga memberi impak penceritaan yang lebih menarik dan perspektif yang berbeza di mana pemain diberi tugas untuk menumpaskan Captain Tsubasa sendiri.

Captain Tsubasa: Rise of New Champion dirancang untuk dilancarkan sekitar tahun ini di konsol PlayStation 4, Switch dan PC.

Sohor Kini