Cubinet Interactive hari ini mengumumkan yang permainan MMORPG berdasarkan siri Naruto iaitu Naruto: Slugfest akan dikeluarkan secara beta terbuka pada 20 Mac 2020 untuk iOS dan Android.
Ia menyertakan pelbagai mod permainan seperti pertempuran PvP daripada 1 lawan 1 sehinggalah 20 lawan 20. Terdapat juga pelbagai misi yang perlu dilakukan mengikut kesukaran.
Berikut adalah spesifikasi minima dan juga yang dicadangkan.
- Android
- Minima: CPU Quad-core, 3gb RAM dan Android 4.4 dan terbaru
- Dicadangkan: CPU Octa-core, 4GB Ram dan Android 6.0.1 dan terbaru
- iOS
- Minima: iPhone 6S+
- Dicadangkan: iPhone 8 dan terbaru
Manakala untuk storan, bagi kedua-dua platform ia memerlukan sekurang-kurangnya sebesar 4GB.
Pra-daftar untuk permainan ini masih dibuka dan anda berpeluang untuk mendapatkan pelbagai ganjaran. Anda boleh melakukannya, melalui pautan di bawah.
[info]Naruto: Slugfest – Pra-daftar[/info]