Demo Marvel’s Iron Man VR Tertiris Di PSN Store

Pengguna Twitter PSN Releases sering kali berkongsi beberapa kandungan yang dimuat-naik di PSN Store di mana sebelum ini beliau memperlihatkan permainan Star Wars baharu “Project Maverick” tertiris.

Terkini tampaknya beliau menemui satu lagi kandungan yang dimuat-naik oleh Sony iaitu demo buat permainan Marvel’s Iron Man VR kedai atas-talian PSN buat pasaran Jepun.

Seperti yang sering kami laporkan sebelum ini, permainan Marvel’s Iron Man VR merupakan permainan realiti-maya yang dibangunkan oleh Camouflaj. Ianya memfokuskan bentuk permainan simulasi sebagai seorang Iron Man di mana pemain boleh bertempur dengan menggunakan sut perisai Iron Man seperti terbang dan menembak menggunakan senjata Iron Man secara realiti-maya.

Sebelum ini kami juga laporkan yang mana ia ditunda sehingga 15 Mei 2020 ini. Dengan pelancarannya yang semakin hampir, semestinya demo permainan ini adalah satu pilihan yang bagus buat permainan ini dan kami juga percaya ianya juga akan dilancarkan secara global dan boleh dimuat-turun secara percuma dalam masa terdekat ini.

Kami akan mengemaskini jika Sony dan Camouflaj mengumumkannya kelak.

Sohor Kini