Informasi Permainan Video Terkini
Pembangun Sayonara Wild Hearts Mengumumkan Perjanjian Penerbitan Dengan Annapurna Interactive

Pembangun Sayonara Wild Hearts Mengumumkan Perjanjian Penerbitan Dengan Annapurna Interactive

Diterbitkan pada Mac 11, 2020 oleh .

Simago mengumumkan perjanjian penerbitan jangka masa panjang bersama dengan studio penerbitan Annapurna Interactive. Mereka sebelum ini bersama mengeluarkan permainan Sayonara Wild Hearts, untuk hampir semua platform termasuk juga sebahagian daripada Apple Arcade.

Walaupun adanya perjanjian ini, Simago mengatakan yang mereka masih lagi merupakan pembangun indie, akan tetapi ia membolehkan mereka untuk melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan sebelum ini. Ia juga membolehkan mereka bekerja bersama dengan komposer dan pereka dengan lebih kerap.

Simago sebelum ini membangunkan permainan seperti Year Walk, Device 6 dan The Sailor’s Dream.


TIPS & ULASAN