PlayStation hari ini berkongsi satu video acah baharu untuk MLB The Show 20 iaitu permainan terbaru buat siri simulasi besbol oleh SIE San Diego Studio. Melaluinya pelbagai penambahan baharu diperlihatkan. Antaranya adalah;

  • Penambah-baikkan enjin permainan dan AI – pemain bakal melihat setiap pergerakan di dalam permainan terasa lebih realistik.
  • Mod Franchise kini membolehkan pemain untuk mereka sendiri logo, warna dan jersi pasukan. Pemain juga boleh memuat turun/naik rekaan melalui perkongsian di dalam permainan.
  • Mod Road to the Show pula memberi lebih fokus kepada perhubungan watak pemain dengan pemain-pemain lain dalam pasukan dan juga jurulatih.
  • Mod Custom League juga kini menyertakan pelbagai tetapan yang berbeza untuk membolehkan pemain mencipta liga untuk bermain bersama dengan rakan secara dalam talian.
  • Mod baharu Showdown adalah mod di mana pemain akan melawan dengan pemain lain menggunakan pemain-pemain yang dipilih melalui senarai rawak.

Bagi maklumat lanjut mengenainya anda boleh menonton sendiri video di bawah.

MLB The Show 20 akan dikeluarkan pada 17 Mac 2020 secara eksklusif untuk PlayStation 4.

Sohor Kini