Informasi Permainan Video Terkini
Panzer Dragoon: Voyage Record Diumumkan – Permainan Realiti-Maya Berdasarkan Tiga Siri Klasik Di Sega Saturn

Panzer Dragoon: Voyage Record Diumumkan – Permainan Realiti-Maya Berdasarkan Tiga Siri Klasik Di Sega Saturn

Diterbitkan pada Mac 11, 2020 oleh .

Selain daripada permainan olahan semula Panzer Dragoon: Remake yang diumumkan sebelum ini, Wildman Inc hari ini juga mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan realiti-maya berdasarkan siri Panzer Dragoon, iaitu Panzer Dragon: Voyage Record.

Berdasar kenyataan mereka, permainan ini adalah berdasarkan 3 permainan utama klasik siri Panzer Dragoon di konsol Sega Saturn beberapa tahun lepas yang mana sebahagian daripada kandungannya akan diambil dari permainan Panzer Dragoon, Panzer Dragoon Zwei dan Panzer Dragoon Saga.

Menurut mereka lagi, permainan ini dibangunkan berdasarkan bentuk baharu khas melalui mod realiti-maya di mana pemain berupaya untuk mengawal naga dan menembak seakan menunggang naga tersebut.

Buat masa ini, platform mahupun kandungan lain masih belum diumumkan.


TIPS & ULASAN