Nintendo dan LEGO hari ini mengacahkan satu kolaborasi khas bersama siri permainan Super Mario yang mana kelihatan berdasarkan apa yang diacahkan, kita mungkin akan mendapat set LEGO rasmi berdasarkan permainan Super Mario.

Melalui perkongsian mereka di Twitter, mereka mengacahkan satu video acah khas yang memperlihatkan watak Mario dengan rekaan seakan LEGO dengan satu skrin di dada dengan ikon tanda tanya yang sering diperlihatkan di dalam permainan Mario.

Buat masa ini, kedua-dua syarikat tersebut masih belum mengumumkan sebarang informasi lanjut dan berdasarkan apa yang diacahkan, kami berasa ianya mungkin adalah satu set rasmi LEGO berdasarkan watak-watak daripada siri Mario.

Meskipun begitu, kelihatan LEGO dengan kerjasama bersama siri permainan video juga dikembangkan di mana mereka sebelum ini juga umum set LEGO berdasarkan permainan Overwatch dan juga kandungan khas LEGO di dalam permainan tersebut. Ini sekaligus mungkin juga pada masa akan datang kita bakal menerima permainan LEGO Super Mario ataupun kostum dan rupa bentuk LEGO di dalam permainan Super Mario Maker?

Kami di Aksiz pasti akan mengemaskini sebarang informasi lanjut setelah ia diumumkan kelak.

Sohor Kini