Informasi Permainan Video Terkini
Dragon Ball Z: Kakarot Mencapai Jumlah Jualan Melebihi 2 Juta Unit Secara Global

Dragon Ball Z: Kakarot Mencapai Jumlah Jualan Melebihi 2 Juta Unit Secara Global

Diterbitkan pada Mac 10, 2020 oleh .

Bandai Namco hari ini mengumumkan yang mana permainan Dragon Ball Z: Kakarot yang dilancarkan Januari lepas, telah pun mencapai jumlah jualan melebihi 2 juta salinan secara global.

Kenyataan ini diumumkan melalui Twitter rasmi Bandai Namco yang mana sebelum ini, kami juga melaporkan permainan tersebut juga terjual sebanyak 1.5 juta salinan dalam tempoh masa seminggu ianya dilancarkan.

Kejayaan ini semestinya membuktikan yang mana hak intelek siri anime Dragon Ball adalah sangat terkenal di kalangan peminat dan pemain yang mana permainan-permainan berdasarkan siri Dragon Ball lain juga sering sekali mencapai jualan berjuta-juta seperti permainan Dragon Ball FighterZ, siri Xenoverse dan sebagainya.

Tahniah atas kejayaan ini buat Bandai Namco dan bagi anda yang berminat dengan permainan Dragon Ball Z: Kakarot, ianya telah pun dilancarkan pada Januari lepas di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam.


TIPS & ULASAN