Satu lagi ura-ura berkenaan permainan baharu Tony Hawk Pro Skater kali ini tertiris di mana kumpulan pemuzik terkenal The Death Set berkongsi satu kenyataan yang mana mereka baru sahaja memberi lesen 5 muzik mereka buat permainan Tony Hawk bagi tahun 2020 di Facebook.
Walaupun kenyataan tersebut telah pun dipadam, pengguna Twitter TheNathanNS sempat untuk mengambil paparan skrin yang anda boleh lihat di bawah.
Semestinya ini bukanlah kali pertama ura-ura berkenaan permainan Tony Hawk Pro Skater bakal kembali di mana sebelum ini, Activision juga kelihatan berminat untuk mengolah semula permainan Tony Hawk Pro Skater pertama dan kedua.
Tambahan itu dengan pengumuman dokumentari pembangunan permainan Tony Hawk Pro Skater yang diumumkan sebelum ini, kami juga percaya Activision semestinya berminat untuk membawa kembali siri permainan tersebut setelah kegagalan permainan Tony Hawk Pro Skater 5 pada 2015 lepas.